Dikemaskini Mac 2023

KPMG mengiktiraf kepentingan untuk menjaga privasi, kerahsiaan dan keselamatan maklumat yang diamanahkan kepada kami semasa menjalankan perniagaan dan ini termasuk maklumat peribadi (kadangkala dirujuk sebagai “data peribadi”, “maklumat pengenalan peribadi” atau "PII") yang dikumpulkan dari anda.

“KPMG”, “kami” dan “kita” dalam notis privasi (“Notis Privasi”) ini merujuk kepada organisasi global atau satu atau lebih anggota firma KPMG International Limited ("KPMG International"), yang masing-masing adalah entiti undang-undang yang berasingan. KPMG International Limited adalah syarikat Inggeris persendirian yang terhad secara jaminan dan tidak memberikan perkhidmatan kepada pelanggan. Tidak ada anggota firma yang memiliki kewibawaan untuk mewajibkan atau mengikat KPMG International atau anggota firma lain terhadap pihak ketiga, dan KPMG International juga tidak mempunyai kewibawaan untuk mewajibkan atau mengikat mana-mana anggota firma.

Notis Privasi ini bertujuan untuk menerangkan bagaimana kami menangani dan melindungi data peribadi anda dan tanggungjawab KPMG untuk melindungi data peribadi anda serta hak anda. “Data Peribadi” dalam Notis Privasi ini bermaksud maklumat yang dengan sendirinya atau bersama dengan data peribadi lain dapat mengenal pasti seseorang individu.

Maklumat yang kami kumpulkan

Data peribadi yang kami kumpulkan termasuk nama anda, nombor kad pengenalan, nombor pasport, alamat kediaman, jantina, tarikh lahir, sejarah pekerjaan, butiran jawatan pengarah, maklumat hubungan (nombor telefon dan alamat e-mel) dan kewarganegaraan.

Dari mana kami mengumpul maklumat

Selain dari data peribadi yang anda berikan kepada kami, kami juga mengumpul maklumat profil anda daripada sumber awam lain seperti laporan tahunan, pengumuman kepada Bursa Malaysia Securities Berhad dan butiran yang disediakan dalam laman web syarikat.

Kegunaan maklumat yang kami kumpulkan

Kami mengumpul, menggunakan atau memproses data peribadi anda sebagai sebahagian daripada perkhidmatan pelanggan kami dalam pencarian calon berpotensi untuk jawatan pengarah bukan eksekutif dalam lembaga pengarah syarikat tersenarai.

Asas undang-undang dimana kami memproses data peribadi anda

Kami mengumpul maklumat peribadi anda untuk memproses permohonan anda, berdasarkan persetujuan.

Kami akan mendapatkan persetujuan jelas anda jika data peribadi sensitif diperlukan sebagai tambahan kepada data peribadi yang anda berikan.

Perlukah anda memberi maklumat peribadi yang diminta

Walaupun anda mempunyai hak untuk tidak memberikan maklumat peribadi anda, tanpa maklumat ini, anda akan memahami bahawa kami tidak akan dapat menilai dan memberikan profil anda kepada pelanggan kami untuk dipertimbangkan sebagai bakal pengarah bukan eksekutif.

Keselamatan data dan integriti

KPMG mempunyai dasar dan prosedur keselamatan yang munasabah untuk melindungi data peribadi daripada kehilangan, penyalahgunaan, akses atau pendedahan yang tidak dibenarkan atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan. Walaubagaimanapun, mengenai isu keselamatan, kami tidak dapat memberi sepenuh jaminan terhadap segala ancaman, meskipun KPMG telah memberikan usaha yang paling baik. Dengan memberi keupayaan terbaik kami, akses kepada data peribadi anda terhad kepada sesiapa yang memerlukannya sahaja dan pekerja KPMG yang mempunyai akses kepada maklumat adalah diwajibkan untuk mengekalkan kerahsiaan terhadap maklumat tersebut.

Berapa lama kami menyimpan maklumat peribadi anda

Kami akan menyimpan data peribadi anda hanya selama yang diperlukan untuk tujuan pengumpulan data tersebut.

Jika permohonan anda tidak berjaya, kami mungkin masih mengekalkan dan menggunakan data peribadi anda yang dikumpul semasa proses carian untuk mempertimbangkan anda bagi jawatan baharu, dan, jika perlu, untuk rujukan kami sekiranya anda menyerahkan profil yang dikemas kini pada masa hadapan. Walau apa pun, kami tidak akan menyimpan data peribadi anda selama lebih daripada satu tahun.

Pemprosesan automatik

KPMG tidak menggunakan sistem automatik untuk melaksanakan proses apa pun yang akan menghasilkan keputusan automatik berkaitan dengan permohonan anda untuk jawatan pengarah bukan eksekutif.

Kanak-kanak

KPMG memahami kepentingan melindungi privasi kanak-kanak, terutamanya dalam persekitaran talian. Khususnya, laman web ini tidak direka secara sengaja untuk atau ditujukan kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Adalah menjadi dasar kami untuk tidak sekali-kali secara sedar, mengumpul atau menyimpan maklumat tentang sesiapa di bawah umur 18 tahun, kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang atau sebahagian daripada penglibatan untuk menyediakan perkhidmatan profesional.

Perkongsian dan pemindahan maklumat peribadi

Pemindahan dalam rangkaian firma KPMG

Kami mungkin berkongsi maklumat mengenai anda dengan ahli firma yang lain dari rangkaian KPMG untuk tujuan yang berkatan dengan peluang padanan yang dicari oleh anda. Kami juga berkongsi maklumat peribadi dengan rangkaian firma KPMG bagi tujuan untuk memberikan perkhidmatan seperti ‘hosting’ dan sokongan dalam aplikasi IT serta pangkalan data pelanggan global.

Pemindahan kepada pihak ketiga

Di mana diperlukan oleh pelanggan kami, kami akan menjalankan rujukan dan semakan latar belakang permohonan jawatan pengarah bukan eksekutif menggunakan perkhidmatan pihak ketiga.

Kecuali untuk tujuan ini dan untuk berkongsi profil anda dengan pelanggan kami, kami tidak mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga atau akan memindahkan maklumat keluar Malaysia tanpa kebenaran anda. Sekiranya keperluan sedemikian timbul, kami memastikan pihak ketiga yang kami pindahkan data peribadi akan memberikan tahap perlindungan pada data peribadi yang mencukupi mengikut piawaian ketat yang kami perlukan untuk memproses data.

KPMG tidak akan memindahkan maklumat peribadi yang anda berikan kepada mana-mana pihak ketiga untuk tujuan pemasaran langsung.

Hak anda

Adalah penting untuk anda memastikan maklumat peribadi yang kami pegang tentang anda adalah tepat, lengkap dan terkini. Jika mana-mana butiran anda berubah atau jika anda percaya bahawa sebarang maklumat peribadi KPMG telah kumpulkan tentang anda adalah tidak tepat, anda boleh menghubungi kami dan kami akan membuat semua usaha yang munasabah dan praktikal untuk mematuhi permintaan anda.

Sekiranya permohonan anda tidak menghasilkan tawaran dari pelanggan kami, hak anda kekal berkenaan dengan data peribadi yang mungkin terus kami simpan. Selepas tempoh pengekalan selama setahun, kami tidak akan dapat memproses sebarang permintaan kerana data peribadi anda tidak akan lagi disimpan oleh kami.

Perubahan terhadap notis privasi ini

KPMG akan mengubahsuai Notis Privasi ini dari semasa ke semasa selaras dengan amalan privasi semasa kami. Apabila perubahan dibuat, kami akan mengemaskini tarikh dibahagian atas halaman ini. Sebarang perubahan kepada pemprosesan data peribadi seperti yang diterangkan dalam Notis Privasi ini yang memberi kesan kepada anda dimaklumkan melalui saluran yang bersesuaian, bergantung kepada bagaimana kami biasanya berkomunikasi dengan anda.

Hubungi kami

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau kebimbangan mengenai Notis Privasi ini atau ingin maklumat lebih lanjut mengenai bagaimana kami melindungi data peribadi anda, sila e-mel kepada kami di MY-FMPrivacy@kpmg.com.my.