close
Share with your friends

CEO global jangka perniagaan pulih tahun hadapan - KPMG

1000

Related content

KPMG mendapati 45 peratus daripada 500 ketua pegawai eksekutif (CEO) yang disoal selidik di seluruh dunia tidak menjangka menyaksikan keadaan kembali seperti biasa sehingga tahun 2022.

"Menariknya, hanya 6.0 peratus CEO di Asia Pasifik meramalkan keadaan kembali kepada biasa menjelang tahun ini dengan majoriti besar (59 peratus) membayangkan ia hanya akan berlaku pada 2022," katanya dalam satu kenyataan bersempena penerbitan 'KPMG CEO Outlook Pulse Survey' 2021.

Tinjauan turut mendapati hampir dua pertiga (61 peratus) CEO akan melihat kepada kejayaan pelancaran vaksin COVID-19, iaitu sekurang-kurangnya separuh daripada penduduk diberi vaksin sebelum meminta kakitangan mereka kembali ke pejabat.

"Pelancaran vaksin COVID-19 memberikan para pemimpin tahap optimis dalam membuat persediaan menghadapi realiti baharu. Bagaimanapun, tidak menghairankan, CEO mahu yakin tenaga kerja mereka dilindungi daripada virus ini sebelum membuat sebarang keputusan perniagaan penting.

"Kita dapat lihat bagaimana CEO hanya menjangkakan perniagaan akan kembali seperti biasa pada 2022," kata rakan pengurusan KPMG di Malaysia Datuk Johan Idris.

Read the full article as published by Berita Harian or click here to read the article online.

© 2021 KPMG PLT, a limited liability partnership established under Malaysian law and a member firm of the KPMG network of independent member firms affiliated with KPMG International Cooperative ("KPMG International"), a Swiss entity. All rights reserved.

KPMG International Cooperative (“KPMG International”) is a Swiss entity.  Member firms of the KPMG network of independent firms are affiliated with KPMG International. KPMG International provides no client services. No member firm has any authority to obligate or bind KPMG International or any other member firm vis-à-vis third parties, nor does KPMG International have any such authority to obligate or bind any member firm.

Connect with us

 

Want to do business with KPMG?

 

loading image Request for proposal